Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Carian Kisah Sahabat Nabi

2 Jan 2009

Keislaman Bilal r.a dan Penderitaan Beliau

Bilal r.a ialah seorang sahabat yang masyhur yang sentiasa menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Pada mulanya beliau ialah seorang hamba kepada seorang kafir. Kemudian telah memeluk Islam. Oleh sebab itu, beliau telah diseksa dengan berbagai-bagai cara. Umaiyah Bin Khalaf yang merupakan musuh Islam yang ketat akan membaringkan beliau secara terlentang di atas pasir yang membakar pada waktu tengah hari semasa musim panas. Dia juga meletakkan batu yang besar ke atas dada Bilal r.a supaya beliau tidak dapat bergerak. Dia berkata, “Matilah kamu dalam keadaan ini. Jika kamu mahu hidup, tinggalkanlah Islam.”

Namun, dalam keadaan itu pun Bilal r.a masih berkata, “Ahad!Ahad!” Yakni Tuhan yang layak disembah hanyalah 1.

Pada malam hari, beliau diikat dengan rantai dan disebat dengan cemeti. Pada siang keesokan hari, beliau akan dibaringkan di atas permukaan tanah yang panas supaya luka-luka itu bertambah teruk agar beliau meninggalkan Islam kerana tidak dapat menanggung penderitaan itu lagi atau pun mati terseksa. Abu Jahal, Umaiyah bin Khalaf dan kadang-kadang orang lain bergilir-gilir menyeksa beliau. Setiap orang daripada mereka berusaha untuk menyeksa beliau sedaya mungkin sehingga mereka akan keletihan. Abu Bakar r.a melihat Bilal r.a dalam keadaan demikian maka beliau membeli dan membebaskan Bilal r.a.

Keterangan

Oleh kerana orang Arab Jahiliah ialah penyembah berhala, maka mereka mengatakan bahawa berhala juga ialah tuhan yang disembah. Oleh itu, Islam menentang amalan penyembahan berhala dengan mengajarkan tauhid. Inilah yang menyebabkan Bilal r.a mewiridkan, ‘Ahad, Ahad’ . Inilah gambaran cinta dan rindu kepada Allah S.W.T. Kita lihat dalam cinta palsu (sesama makhluk). Ini pun apabila seseorang itu dicintai dengan menyebut namanya sahaja pun merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Nama itu diulang-ulang tanpa sebarang faedah. Maka apa yang hendak lagi tentang cinta kepada Allah S.W.T yang memberi manfaat di dunia dan akhirat? Inilah yang menyebabkan Bilal r.a sanggup menanggung walaupun didera dengan berbagai-bagai cara, dikenakan sekeras-keras seksaan, diserahkan kepada budak-budak nakal supaya beliau diarak di jalan-jalan dan lorong-lorong Mekah tetapi, “Ahad, Ahad” tetap dilaungkan.

Dengan sebab semua keberkatan inilah beliau kemudiannya menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Tugas untuk melaungkan azan sentiasa diserahkan kepada beliau sama ada semasa bersafar atau bermukim.

Setelah Nabi S.A.W wafat, sukar bagi beliau unutk terus tinggal di Madinah dengan melihat tempat Baginda yang telah kosong. Oleh sebab itu, beliau telah berniat untuk menghabiskan saki-baki hidupnya dalam jihad. Lantaran itu beliau pun bertolak untuk menyertai jihad. Beliau tidak pulang ke Madinah untuk beberapa masa yang lama.

Pada suatu hari beliau telah bermimpi berjumpa Nabi S.A.W. Baginda telah bersabda, “Bilal! Apakah yang menyebabkan engkau tidak pernah datang kepada saya.”

Setelah terjaga daripada tidur beliau terus pergi ke Madinah. Hassan dan Husain r.anhuma telah memohon agar beliau melaungkan azan. Permintaan daripada kedua-dua orang yang dikasihi bukanlah 1 perkara yang boleh ditolak. Beliau pun mula melaungkan azan seperti pada zaman Nabi S.A.W. Sebaik sahaja suara beliau sampai ke pendengaran penduduk kota Madinah maka berhamburlah air mata mereka. Sehingga wanita-wanita pun keluar dari rumah-rumah mereka dalam keadaan menanggis. Setelah beberapa hari berada di Madinah beliau pun pulang dan beliau meninggal dunia kira-kira pada tahun 20 hijrah di Damshik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan