Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Carian Kisah Sahabat Nabi

1 Jan 2009

Perdamaian Hudaibiah dan Kisah Abu Basir dan Bau Jandal r.anhuma

Pada tahun 6 hijrah, Nabi S.A.W telah pergi ke Mekah dengan niat untuk mengerjakan umrah. Orang kafir Mekah mendapat tahu berita tersebut dan menganggap perkara itu 1 penghinaan terhadap mereka. Oleh sebab itu, mereka telah cuba menghalang dan menyekat Baginda S.A.W di Hudaibiyah. Para sahabat r.a yang sanggup mengorbankan nyawa ada bersama-sama baginda S.A.W. Mereka menganggap pengorbanan nyawa untuk Nabi ialah 1 kebanggaan. Mereka telah bersedia untuk berperang tetapi demi kebaikan orang Mekah. Nabi S.A.W tidak ingin berperang sebaliknya berusaha untuk membuat perjanjian damai.

Walaubagaimanapun para sahabat r.a bersedia dan berani menentang musuh. Rasulullah S.A.W begitu sekali mengambil hati orang-orang kafir sehingga setiap syarat mereka telah diterima. Para sahabat r.a berasa amat tertekan kerana mereka sangat tidak setuju dengan cara perjanjian damai tersebut

Namun mereka tidak mempunyai apa-apa pilihan lain apabila berhadapan dengan perintah Nabi Muhammad S.A.W. Mereka ialah orang-orang yang sanggup mengorbankan nyawa, namun sifat taat mengatasi segala-segalanya. Oleh sebab itu, orang yang berani seperti Umar r.a terpaksa tunduk.

Antara syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian tersebut ialah sekiranya ada orang kafir yang memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah, maka orang itu mesti dihantarnya kembali ke Mekah, mereka tidak akan dipulangkan.

Sebelumnya perjanjian tersebut habis ditulis Abu Jandal r.a seorang sahabat ynag telah menanggung berbagai-bagai seksaan kerana memeluk Islam dan telah diikat dengan rantai, tiba-tiba datang dalam keadaan terjatuh. Beliau tiba disisi Tentera Islam dengan harapan bahawa melalui pembelaan orang Islam beliau akan terlepas daripada musibah tersebut.

Bapanya, Suhail (yang telah memeluk Islam sewaktu pembukaan kota Mekah) yang menjadi wakil orang kafir dalam perjanjian tersebut telah menempeleng anaknya dan berkeras ingin membawanya pulang. Baginda S.A.W berkata, “Sekarang, perjanjian ini belum berkuat kuasa. Oleh itu atas dasar apakah engkau mengenakan undang-undang?”

Walaubagaimanapun, dia tetap berkeras, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Serahkanlah orang ini kepadaku semata-mata kerana permintaanku.”

Namun mereka tetap berdegil. Abu Jandal r.a telah melaung memanggil orang Islam dan mengadu, “Aku datang sebagai seorang Islam dan begitu banyak telah aku tanggung musibah dan sekarang adakah aku akan dikembalikan?”

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu apa-apa terpendam dalam hati orang Islam pada masa itu. Namun, kerana menghormati perintah Rasulullah S.A.W beliau pun pulang. Nabi telah menenangkan beliau dan menasihati beliau supaya bersabar. Baginda bersabda, “Allah S.W.T akan membuka jalan untukmu sedikit masa lagi.”

Setelah perjanjian berkuat kuasa, seorang lagi sahabat iaitu, Abu Basir r.a telah memeluk Islam dan datang ke Madinah. Orang kafir menghantar 2 orang wakil untuk membawa beliau pulang. Mengikut perjanjian yang telah dibuat, Rasulullah S.A.W juga telah memulangkan beliau Abu Basir r.a yang telah memeluk Islam dan datang ke Madinah. Orang kafir menghantar 2 orang wakil unutk mmembawa beliau pulang. Mengikut perjanjian yang telah dibuat, Baginda juga telah memulangkan beliau. Abu Basir r.a juga merayu, “Wahai Rasulullah, saya datang sebagai orang Islam. Tuan pula menghantar saya kembali ke dalam cengkaman orang kafir.”

Nabi S.A.W menyuruh beliau supaya bersabar dan bersabda, “Allah S.W.T akan membuka jalan untukmu sedikit masa lagi,”

Sahabat ini pun pulang bersama 2 orang kafir tersebut. Dalam perjalanan, beliau telah berkata kepada salah seorang daripada mereka, “Wah, nampaknya pedang engkau sungguh cantik.”

Biasanya orang yang bongkak akan berbangga dengan pujian yang sedikit. Sikafir itu pun mengeluarkan pedangnya dari sarungnya sambil berkata dengan bangganya, “Memang pun, saya telah mencuba ke atas beberapa orang.”

Sambil berkata demikian dia telah menyerahkan pedang itu kepada Abu Basir r.a lalu terus mencuba pedang itu ke atas sikafir tersebut. Teman sikafir yang melihat rakannya telah dibunuh terus lari dari situ dan pergi ke Madinah sebelum tiba gilirannya untuk dibunuh. Dia pergi berjumpa Nabi S.A.W dan berkata, “Kawan saya telah mati dan akan tiba giliran saya pula.”

Selepas itu Abu Basir r.a pun tiba dan berkata, “Wahai Rasulullah, Tuan telah menunaikan janji tuan dengan mengembalikan saya. Saya sendiri tidak ada apa-apa janji yang mesti ditunaikan Sedangkan mereka menghalang saya daripada agama oleh sebab itu, saya telah mulakan perkara ini.”

Nabi S.A.W bersabda, “Ini ialah penyemarak perang. Alangkah baiknya jika ada sesiapa yang dapat menolong dan membantunya.”

Melalui kata-kata Baginda tesebut Abu Basir r.a dapat memahami bahawa pada masa itu pun sekiranya ada orang yang datang menuntut beliau maka akan diserahkan kepada orang itu. Oleh sebab itu, beliau telah bertolak dari situ dan pergi ke 1 tempat di tepi pantai. Orang Mekah telah mengetahui hal tersebut. Maka Abu Basir r.a pun datang ke sana secara sembunyi. Selepas itu sesiapa saja yang telah memeluk Islam telah pergi ke sana dan menyertai mereka.

Dalam beberapa hari sahaja telah terbentuk 1 jemaah yang kecil. Hanya Allah S.W.T yang mengetahui apakah yang berlaku kepada mereka dipadang pasir yang tidak mempunyai penduduk, kebun dan apa-apa kemudahan makanan? Walaubagaimanapun, sahabat-sahabat itu telah menyekat perjalanan para penzalim yang telah menyebabkan mereka lari dari Mekah. Mereka telah melawan dan berperang dengan kafilah yang lalu di sini. Hinggakan orang kafir telah menghantar utusan berjumpa Nabi S.A.W kerana merasa tertekan.

Utusan itu datang merayu dengan penuh rendah diri kepada Nabi S.A.W agar Baginda memanggil Abu Basir r.a serta jemaahnya ke sisi Rasulullah demi kerana Allah S.W.T dan demi persaudaraan orang Mekah dengan Nabi. Dengan itu mereka semua tertakluk kepada perjanjian Hudaibiah dan jalan perhubungan orang Mekah akan terbuka semula. Ditulis bahawa apabila surat keizinan Nabi S.A.W (untuk kembali ke Madinah) tiba kepada mereka, pada masa itu Abu Basir r.a sedang mengalami sakit tenat. Beliau meninggal dunia dengan surat keizinan baginda berada di tangannya.

Keterangan

Sekiranya seseorang itu teguh dalam agamanya, dengan syarat agama itu pun ialah agama yang benar maka sebesar-besar kuasa pun tidak boleh menggugat keagamaannya. Allah S.W.T berjanji untuk menolong orang Islam dengan syarat bahawa dia ialah orang Islam yang sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan